PENJENAMAAN SEMULA DARIPADA APLIKASI MY-ERPH

APLIKASI LENGKAP PENGGANTI REKOD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU

Bukan sekadar aplikasi untuk menulis Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

LENGKAP

Aplikasi lengkap dengan matapelajaran dan DSKP TERKINI daripada sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan cina, pra sekolah, sekolah menengah kebangsaan, PPKI, Vokasional dan banyak lagi 

MULTI BAHASA

Penulisan lebih mudah dengan adanya penggunaan pelbagai Bahasa seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Tulisan Jawi, Bahasa Kadazan dan lebih banyak lagi sedang dibangunkan

KESELAMATAN DAN PRIVASI

Keselamatan dan privasi semua data termasuk RPH dipertingkatkan dengan hanya pegawai penilai sahaja yang boleh memeriksa RPH semua guru. Guru biasa hanya dapat akses kepada data diri sendiri sahaja

MESRA PENGGUNA

Dapatan hasil kajian tindakan terhadap penggunaan My ERPH menggantikan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran Tradisional atau eRPH versi lain mendapati bahawa hampir 90 % responden mengatakan penggunaan lebih mudah, cepat, tepat dan bijak. Aplikasi dapat digunakan dalam pelbagai jenis peranti sepeti Android, IOS, Ipad Os, Tablet, Windows PC, Linux, mahupun Mac OS.

BOLEH DICETAK

RPH yang telah ditulis menggunakan aplikasi boleh disimpan dalam bentuk PDF dan boleh dicetak melalui pelbagai peranti. RPH juga kini boleh dihantar menggunakan pelbagai media seperti emel, WhatsApp, Telegram dan banyak lagi.

JIMAT KOS

Pada tahun 2021, SK Pekan Lahad Datu dengan kekuatan guru seramai 127 orang telah menjimatkan kira2 RM25800 Setahun iaitu kos pengurusan dan percetakan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran, selepas menggunakan Aplikasi ini. Penjimatan ini memudahkan lagi para guru meningkatkan penggunaan sumber dalam bentuk lain tanpa memikirkan mengenai kos RPH



"REDPEN kini hadir dengan pelbagai ciri-ciri menarik seperti pemilihan Objektif, kriteria kejayaan, refleksi, dan penulisan aktiviti secara auto dan manual, penghantaran RPH yang sudah siap sahaja, kebolehan untuk salin RPH lepas dan dibawa ke hadapan, buku teks digital, dan banyak lagi untuk menjanjikan penggunaan yang optimum, dan penjimatan maksima dalam aspek kos, masa dan tenaga seterusnya meningkatkan produktiviti guru bukan sahaja dalam Pengurusan tetapi fokus kepada pengajaran dan pembelajaran itu sendiri"



SIAPA KAMI?

Kami merupakan pasukan My eRPH Sekolah Kebangsaan Pekan Lahad Datu yang terdiri daripada 6 orang guru dengan sokongan penuh Guru Besar SK Pekan Lahad Datu. 

REDPEN Team

Owner and developer of the apps

Mohd Khairul Nazrin Nordin


Team Members


EN Rahim Bin Damit

Guru Besar SK Pekan Lahad Datu



Editor

Abdul Hafiz Bin Abdu Raman

Chrylmix Tanis

Mohammad Safuwan bin Othman

Mohamad Ridzuan bin Junus

Nur Muhammad bin Aman


Contribution From : 

Zulhelmi bin Mohammad

SK Kilimu Ranau 

-- Keselamatan dan Privasi --

Apa yang kami kutip :

Nama dan emel DELIMA guru untuk tujuan privasi dan keselamatan data. Emel lain tidak digalakkan bagi mengelakkan kebocoran data.

Apa yang kami tidak perlu :
Lokasi, dan segala jenis data peribadi pengguna

Klik untuk privacy penuh



Kami menyediakan perkhidmatan sokongan seemur hidup secara ikhlas bagi membantu sesama guru untuk mengurangkan beban kerja yang semakin mencabar dalam era kemodenan kini. Disamping itu kami juga akan sentiasa membuat penambahbaikan bagi mana-mana perkara yang difikirkan perlu dengan sumbangan tambahan jika diminta oleh mana-mana sekolah. Hubungi Team Kami sekarang untuk pertanyaan lanjut



Sekolah yang telah menggunakan REDPEN

SEKOLAH RENDAH

Sekolah rendah daripada seluruh Malaysia yang telah menggunakan Aplikasi ini

SEKOLAH MENENGAH

Sekolah Menengah daripada seluruh Malaysia yang telah menggunakan Aplikasi ini

Video Penggunaan REDPEN

Hubungi kami

Kepada yang berminat bolehlah menghubungi kami menggunakan medium berikut : 

EMAIL

WHATSAPPS

FACEBOOK

TELEFON

REDPEN

Hanya 1 aplikasi diperlukan untuk sebuah sekolah. Guru tak perlu susah payah buat salinan aplikasi. 

Mudah digunakan oleh semua guru, termasuk pentadbir, dan PPD.

Dapat menjimatkan penggunaan kertas (RPH tidak perlu dicetak)

RPH guru-guru adalah sulit. RPH guru hanya dapat dilihat dan disemak oleh pegawai penilai masing-masing sahaja. Pegawai Penilai tidak boleh melihat rph Guru yang bukan dibawah seliaan.

Pegawai penilai boleh menghubungi guru, mendapatkan maklumat, dan menilai guru di bawah seliaan masing-masing menggunakan aplikasi ini sahaja.

Guru-guru tidak perlu risau kerana penulisan RPH SANGAT MUDAH! RPH guru akan lebih kemas, teratur, dan mudah disemak, dirujuk serta dicetak jika perlu.

Aplikasi ini boleh digunakan di telefon android atau ios, Tablet atau Ipad, Chromebook, dan komputer. Mudah bukan!.

Boleh digunakan secara offline atau online (sila semak terma dan syarat penggunaan kerana penggunaan secara offline adalah mengikut keadaan tertentu).

Semua maklumat yang diperlukan dalam RPH versi buku atau fail boleh didapati dalam aplikasi ini. Pendek kata Aplikasi ini menggantikan RPH bercetak secara keseluruhan.

Pegawai Penilai akan menerima notifikasi dan email jika guru dibawah seliaan menghantar RPH. Guru juga akan menerima notifikasi dan email apabila RPH guru disemak oleh pegawai penilai masing-masing. 

Buku Teks Digital ada di dalam aplikasi ini. Guru tak perlu membawa bersama RPH yang berat, buku teks, salinan DSKP serta RPT setiap kali ke kelas. 

Mengenai Kami

Lokasi : Sekolah Kebangsaan Pekan Lahad Datu

Perhubungan


No Telefon :

0109401587 - Mohd Khairul Nazrin

Email : 

mohdkhairulnazrin2012@moe.edu.my

Website : bit.ly/MYERPHCIKGUKHAIRUL